WOW

Tuesday, November 24, 2009

Lamenye x update blog ni..sebenarnye lame juge aku dok memencilkan diri..tanpa sebarang aktiviti mahupun pergerakan. Low profile kot. Dulu obvious sangat, ada tesalah langkah terus tesembam..

Sekarang ni dalam misi utk recover balik. Penat la. Tapi xpela, 80% dah..tinggal 20% lagi aku nak mula jadi jahat balik. Lame dh dok "lowered" ni.

Buat rakan-rakan, i miss u so much & I'll be back! See ya!

Read more...

PUTERIKU

Monday, June 22, 2009




NUR AYLEESH SYAKIRA
Umur : 15 hari
73 de 9w2esr

Read more...

NEW BORN

Friday, May 8, 2009

A'kum dan salam sejahtera semua. Agak lama x update blog ni..banyak juge sawang nye. Agak sibuk dengan tugasan harian. Harini ada sedikit waktu terluang dapat lah kiranya mencoret sepatah dua kata.

Hehe..sebenar nya nak bagitau yang saya dah jadi seorang bapa sejak 28 April 2009 yang lepas. Alhamdulillah walaupun ada saat2 cemas waktu tu, tapi berkat kurnia yang maha Esa, berpeluang juga saya menjadi ayah kepada seorang baby girl yang x kurang comel nya.

Sekarang dah tambah lagi 1 tanggung jawab. Banyak juga masa dihabiskan melayan baby. Kira macam HAM baru dapat AA la lebih kurang.

Ok lah, x dapat tulis panjang2..nak keje plak..bye.


73 de 9w2esr

Read more...

AGM ASTRA KE-12

Thursday, March 26, 2009

Jom ramai-ramai memeriahkan lagi majlis! Semoga majlis ini dapat dimeriahkan semeriah mungkin..


Tarikh: 28 March 2009
Hari: Sabtu
Jam: 9.00 a.m
Tempat: Dewan Sekolah Menengah Teknik Nibong Tebal, Seberang Perai. P.pinang

Mega Eyeball Perdana

Tarikh: 27 March 2009
Hari: Jumaat
Jam: 9.00 p.m
Tempat: Base 9M2RR

Read more...

KUTERIMA SURATAN TAKDIR

Monday, March 2, 2009

Sejak kebelakangan ni terlalu banyak rintangan & dugaan yang datang bertandang menjenguk dalam hidup ku. Sebagai insan yang serba lemah & kekurangan cuba ku hadapi satu demi satu. Terlalu hebat cabaran yang harus ku tempuh untuk mendewasakan ku. Adakah aku masih mampu melewati segalanya?! Aku sendiri pun tidak pasti. Hanya berserah kepada Nya. Andai aku jatuh, itu semua adalah kelemahan ku, tetapi andai bisa ku berlari semula, itu adalah rahmat dari Nya. Rakan taulan semua sahabat, ku ucapkan terima kasih kerana sudi menemani ku selama ini




73 de 9w2esr

Read more...

TESTING PAKAI MOBILE

Monday, February 16, 2009

Testing..testing..mcmane copy? Boleh copy ka? Tulisan check..1..2..3..4..huhu..

Read more...

AKU GAGAL LAGI

Wednesday, February 11, 2009

Setelah lama dok K.I.V. projek antenna ku atas sebab menyibuk dengan semua hal plus QRL dengan tugasan harian, hujung minggu yg lalu kuteruskan kembali kerja-kerja tersebut. Satu demi satu, langkah demi langkah, cabaran demi cabaran kutempuhi demi membuktikan yang aku mampu untuk 'brew' sendiri.

Apabila menjangkau 90% siap, kelihatanlah sosok yagi tersebut. Sedikit senyuman terukir di wajah ku, sesekali terbayang bagaimana sosok yagi tersebut berputar-putar di ruang angkasa rumah ku.

Yes, akhirnya yang ku usahakan telah siap 99%. Cuma kerja-kerja mengilatkan antenna tersebut je lagi yang belum dilakukan. Kini masa yang ditunggu-tunggu telah tiba. Ujian pancaran....dengan kuasa 5w ku halakan yagi tersebut ke arah daerah Manjung. Dengan harapan rakan-rakan bakal memberi signal report 599.

Rupa-rupanya, sewaktu sedang asyik mencari koordinat dan tempat yang sesuai dengan gerakan yang agak pantas, yagi tersebut tersangkut di kabel TM lalu menyebabkan penghasilan tindakan reflek yang agak kuat dariku sebab dah gayat. Tanpa kusangka tindakan itu telah menyebabkan boom nya terpatah. Denga nada kecewa & penuh lembut ku ucapkan HAMPEHHHHHHHH!!!

Sesiapa yang ada nak jual 10 element yagi boleh bagitau. Aku nak beli!!




73 de 9w2esr

Read more...

TAHNIAH!!

Wednesday, February 4, 2009

Ucapan tahniah buat semua calon RAE 2008-02 yang telah lulus, selamat datang ke alam ber callsign! Buat yang gagal, tak mengapa, cuba lagi! Insya Allah, dengan usaha dan kesungguhan anda, yang dihajatkan akan tertunai juga.

Sesiapa yang belum melihat keputusan RAE 2008-02, boleh klik di sini.

http://www.skmm.gov.my/Admin/WhatIsNew/CCD09/RAE2008_2_Results.pdf

Read more...

PORTABLE STATION

Friday, January 30, 2009

Ehem..ehem..
Dah 3 hari aku portable kt Damansara Damai ni. Datang kemari atas urusan saja-saja je..asyik dok Teluk Intan je boring pulak Teluk Intan tengok muka aku. Rasa cam best plak dok sini, kawan-kawan pun ramai..hehe..

Dah 2 malam aku balik lewat, seronok eyeball dgn rakan-rakan. Kalau kt sane, aku asyik memerap je kat rumah. Rumah pun dah bosan tengok muka aku. Malam ni nak balik kot. Tapi cam malas je.

You tengok la, kalau dah takde tu maknenya dah balik lh, kalau ada tu maknenye belum balik la. Ape aku nak buat lagi ye untuk membestkan keadaan...emm, orait..aku nak tengok wayang laa! Jom, jumpa disanaaaaaaa..



73 de 9w2esr

Read more...

CUTI LAGI

Tuesday, January 27, 2009

Selamat bercuti dan Selamat Tahun Baru China. Yang beraya, boleh teruskan beraya..yang tak beraya ambik kesempatan bercuti bersama family. Tapi aku ambik peluang untuk duduk di rumah putihkan kulit. Hehehe.. sambil sambil monitor rakan-rakan yang bermobile balik kampung atau balik ke kota.

27-01-09 jam 3.xx pm cuba memukat 9w2rie & 9w2muc yang sedang bermobile di lebuhraya utara selatan menuju ke base masing masing di ibukota cinta. Cuba memancing mereka dengan jamuan McD, tapi gagal disebabkan masing-masing nak cepat sampai ke base. Sebagai denda, maka diorang pulak kene belanja aku.

Taktau nak buat apa dah ni, kebosanan, nak keluar cuaca panas ya amat, tengok tv pn cerita x best. Handphone plak dah sampai credit limit, hampeh betul..time cuti pulak sampai limit dia. Agak kebosanan yang melampau lalu mencoret coret di sini..


73 de 9w2esr

Read more...

Comments

  © Blogger template Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP